Pasir Pantai

Pasir Pantai

Wednesday, May 25, 2011

Muhasabah

pada 12hb mei 2011 yg lalu, aq keluar berjalan2 ke mid valley utk berjumpa caan dan kekasaihnya wana, dan kak su bersama kwn2 syariahnya… Memang berpusing2 la perjalan program hari ni… Sebab program hari ni  tak dirancangpun… Namun kerana persahabatan aq pergi… Namun sudah itu ketentuannya, aq dikejutkan utk menilai dan memuhasabah diri aq kembali...

Kata org dulu2 “kalo muda2 dah ada uban makna nya org tu kuat memikir”, tak tau la benar atau tidak... Namun dlm peristiwa yg berlaku siang tadi, membuat aq berfikir siapa diri aq? Dimana aq skarang?? Begini ceritanya... Semasa dlm perjalanan ke mid valley, aq ditemukan dgn dua insan yg sedang  berbual n berkongsi maklumat sbelum sampai ke destinasi dituju... Yg mana walaupun ia tidak melibatkan aq dlm perbincangan mereka namun, suasana  di dlm KTM (kereta api tanah melayu) ketika itu yg agk lengang membuatkan aq terdengar dgn jelas ape yg di bualkan oleh mereka... Perbualan itu bermula apabila seorg uncle ni, yg berumur dlm lingkungan 60-an menegur  seorg remaja yg bakal bergelar ustaz berumur dlm awal 20-an... Bertanya remaja itu sedang bekerja atau masih lagi menuntut... Dari situ la aq mengetahui bahawa remaja itu merupakan bakal ustaz, kerana dia masih lagi menuntut Universiti Al-Azhar, Mesir... Kalo dilihat dari penampilannya memang ade gaya seorg ustaz... Mudah-mudahan insyaallah... Manakala uncle ni, dia boleh di kata kan seorg usahawan berjaya... Walo pun meraka berdua berbeza agama dan bangsa apa yg di bincangkan menyantuh soal rohani... Yg mana, benar2 membuat aq tersentap... n membuat aq berfikir sejenak... membuat aq kembali utk memuhasabah semula diri ini kembali...

Apa yg membuat aq di sentap dlm perbualan mereka, apabila mereka bercerita tentang rohani n jasmani manusia... Terutamanya dlm kalangan ank remaja hari ini, yg mane kebanyakkan nye rosak... Dek kerana rohani kita yg hitam, ambil benda haram... Keadaan skeliling sekeliling yg negetif... Membuat seseorg itu terus hanyut... Bia pun insan itu nmpk cantik secara fizikal luarannya... Namun, bia pun insan itu tidak cantik fitrahnye, tetapi dek kerana kuat iman, kukuh akidah dan baik akhlaknya... Dgn sembahyang, bnyk melakukan amal ibadah dan kain-lain... Dirinya nmpk cerah... atau bak kata uncle tu rohani nya nmpk bersih... Bnyk cas2 positif disekelilingnya.. Walo pun insan itu x cantik fizikalnya namun, dia ade aura yg menarik perhatian org sekeliling nya atau aura2 positif... Mungkin bagi org lain benda ni benda kecil tp bg aq ia mampu utk menyedarkan aq yg mungkin tersesat sebentar dan khilaf dlm kehidupan di dunia ni... Mungkin rohani aq ni hitam sebab itu terpancar kat kulit aq yg x cerah2... huhuhuu... Sempat lagi melawak... Ape yg menggagumkan aq, ia dikatakan oleh org bukan islam yg dah tentu tiada akidah...

Alhamdulillah... Perbualan itu cukup utk menyedarkan aq... Paling penting ia membawa aq utk menilai n memuhasabah diri aq...

No comments:

Post a Comment